Jan 2, 2011

Konservasi Rentis Gunung Yong Belar 2010/2011

Konservasi

Niat dan harapan untuk melakukan satu 'program amal pembersihan rentis dan tapak perkhemahan' telah pun dimakbulkan oleh Allah swt. Tanggal 31hb Disember 2010 yang lepas, seramai 24 orang pendaki hebat telah dibukakan pintu hati mereka untuk turut serta dalam menjayakan program amal ini yang bertempat di Gunung Yong Belar. Gunung yang berketinggian 2181m aras paras laut ini terletak di garis sempadan yang memisahkan negeri Perak dan Kelantan. Alhamdulillah program permulaan (trial) ini telah mendapat sambutan daripada pihak pendaki tempatan meskipun mereka perlu mengeluarkan modal dari kocek sendiri untuk turut serta dalam program ini.

Rentis permulaan (trail-head) untuk program ini bermula daripada Empangan Blue Valley di Cameron Highland dan program mengambil masa selama 3 hari 2 malam bermula daripada 31hb Disember 2010 sehingga 2hb Januari 2011. Kehadiran beberapa pendaki yang berpengalaman dalam program ini juga sedikit sebanyak dapat membantu dari segi perkongsian ilmu pengetahuan antara 2 generasi disamping membuka ruang kepada pendaki-pendaki baru ini untuk mengenali pendaki-pendaki lain di luar daripada kelompok yang mereka selesa.

Sebanyak lebih daripada 24 guni beras yang berisi sampah berjaya dikeluarkan oleh peserta program. Cuma apa yang dikesali adalah kerana terdapat beberapa lagi guni yang terpaksa ditinggalkan atas sebab kekurangan kekuatan 'pekerja'. Namun, ianya tidak menjadi masalah besar kerana sampah-sampah yang bertaburan di sekitar trek dan tapak perkhemahan telah dikutip dan dikumpulkan di dalam guni. Semoga ianya akan dapat dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Kerjasama daripada pihak-pihak lain juga amatlah dialu-alukan dalam membantu menyelesaikan isu sampah di gunung ini.

Syabas dan setinggi-tinggi pernghargaan diberikan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan dan diberikan oleh setiap peserta sepanjang perjalanan program hanya dapat kami (WILD JUNCTION) balas dalam bentuk 'sijil penghargaan' sahaja. Dengan harapan 'alam' turut sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan diatas usaha murni mereka ini. Insyallah.

Dibawah merupakan senarai peserta yang menjayakan program ini. Jasa anda dikenang:-

Lelaki: Abg Kamal, Adam, Zairol, Jebat, Mamak, Apek MMU, Rajis, Nazryst, 9W2OAT, Azly UM, Suhaimi, Hafiz Sr, Hafiz Jr, Hezzry Bear, Zack, Milin MMU, Hakim MMU, Redza UPM, Azhar UPM, Shahrul UPM, 9W2ILD, Am.Perempuan: Lin, Ku Ezi


Previous Home